Ask Me

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Ask Me

All about sharing and discuss about anything


    Mari Tidur Siang

    avatar
    Admin
    Admin


    Posts : 9
    Join date : 2008-11-26

    Mari Tidur Siang Empty Mari Tidur Siang

    Post  Admin Thu Nov 27, 2008 11:14 am

    Sleep Kepada yang suka tidur siang, ini mungkin satu berita baik untuk mereka kerana tidur siang juga ada manfaatnya. Artikel di dalam The Journal Of The American Medical Association mengatakan bahawa tidur siang boleh mengurangkan mrisiko kematian akibat serangan jantung.

    Menurut Androniki Naska, PhD dari Fakulti Universiti Athen, Yunani mendapati bahawa tidur siang dapat menghindari serangan ini berdasarkan kajian terhadap 23,681 orang lelaki dan wanita yang berumur diantara 25-86 tahun.

    Kajian tersebut membuktikan bahawa pekerja pejabat yang mengambil sedikit tidur diwaktu siang menunjukka 67% lebih rendah terkena serangan jantung berbanding mereka yang tidak tidur siang.

    Walaupun kajian berkenaan tidur siang bukanlah satu perkara baru tetapi ia menambah lagi bukti bahawa tidur siang bermanfaat dan boleh dipraktikkan juga bukan sahaja oleh golongan yang tidak bekerja.

    Mencuri sedikit masa ketika rehat untuk tidur sudah memadai. Tetapi ingat jika tidur terlalu lama kita akan menjadi letih dan mengganggu produktiviti kelancaran kerja anda.

      Current date/time is Sun May 12, 2024 1:25 pm