Hubungan suami isteri tidak selamanya menghairahkan, ada ketikanya hubungan itu hambar dan membosankan sehingga tersa malas untuk melakukannya. Namun rasa bosan ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan mengganggu perhubungan suami isteri. Tanpa disedari sebenarnya ada yang terasa hati dengan situsai tersebut jadi sebelum ia berlarutan, apa kata kita tinjau apa yang boleh dilakukan untuk mengubah keadaan ini.
Mandi Bersama
Untuk mengelakkan kebosanan, anda harus memberikan suasana baru dalam kehidupan seksual anda. Banyak aktiviti erotik yang boleh anda praktikkan. Seharusnya sesekali anda cuba untuk mandi bersama sebelum memulakan hubungan seks. Ia bukan hanya dapat mengeratkan hubungan anda tapi ia juga dapat saling lebih mengenali selain saling menggosak badan dan tentunya pasangan akan terpancing sekaligus menambah ghairah dalam hubungan seksual anda.
Tapi sebelum itu, buatlah sedikit persediaan. Jika anda memiliki tab mandi adalah digalakkan agar anda menitiskan aroma terapi seperti haruman patchouli dan lavender. Sebabnya aroma inidipercayai mampu membangkitkan perasaan ghairah dan membuatkan anda dan pasangan lebih relax. Jangan lupa kombinasikan dengan beberapa jenis taburan bunga agar suasana lebih romantik dan eksotik.
Pelajari Teknik Baru
Meskipun telah lama mendirikan rumahtangga, setiap pasangan harus mempelajari teknik, variasi dan gaya bercinta yang baru. Ia penting untuk membangkitkan ghairah baru dalam hubungan seksual anda.
Anda boleh mempelajari teknik-teknik baru sama ada melalui buku. media massa atau internet. Setiap teknik yang berbeza akan membangkit perasaan ghairah yang juga berbeza.
Ubah Suasana Bilik Tidur
Suasana yang statik dan tidak berubah kerap menyebabkan ghairah seksual akan menurun justeru kerana sebahagian besar aktiviti seksual dilakukan di dalam bilik tidur. Anda tidak perlu berbelanja besar dengan menginap dihotel atau pusat penginapan kerana anda mampu melakukannya sendiri tanpa perbelanjaan yang besar.
Anda hanya perlu mengubah kedudukan perabot dan dekorasi sedia ada kepada gaya yang berbeza atau jika perlu, anda hanya perlu membeli cat atau sedikit dekorasi lain agar suasana bilik tidur akan menjadi lebih segar
Ubah Penampilan
Jika selalunya anda hanya memakai pijama, apa kata jika anda berbelanja sedikit menbeli gaun tidur seksi yang mampu menggegar jiwa lelaki pasangan anda. Layanan lembut dan godaan akan membangkitkan sensasi keghairahan dalam hubungan seksual anda.
Segarkan Kembali Acara Seks

Admin- Admin
- Posts: 9
Join date: 2008-11-26
- Post n°1



