Ramai pasangan yang baru menimang cahaya mata mendakwa mereka tidak lagi terlalu memberi perhatian kepada kehidupan seksual kerana perhatian lebih banyak dihabiskan untuk anak. Namun sebenarnya mereka tidak perlu bimbang sekiranya mereka tahu bagaimana untuk menguruskan kehidupan seks. Pakar Psikoterapi, Paula Hall memberikan beberapa tips yang boleh digunakan sehingga anak-anak meningkat dewasa.
Sewaktu Masih Bayi
Selepas melahirkan sememangnya agak sukar bagi pasangan suami isteri. Terutama bagi ibu baru yang tenaganya sudah tentu banyak dihabiskan untuk menguruskan bayi seperti bangun malam untuk menyusukan bayi atau menukar lampin. Anda pasti ini menyedari perkara ini mengambil banyak tenaga hingga mengurangkan keinginan untuk berhubungan dengan lelaki. Malah menurut kajian, 80% wanita yang baru bersalin mengalami perubahan keinginan seksual pada bulan pertama selepas bersalin.
Namun, meskipun isteri atau ibu berasa kurang ghairah untuk bersama suami, isteri harus memberikan sentuhan kasih sayang kepada suami agar hubungan akan kekal mesra dan perlahan-lahan keghairahan itu muncul.
Selain memberikan sentuhan, seorang isteri harus berterus terang agar suami lebih memahami dan dapat membantu melalui keadaan tersebut. Dan semestinya seorang suami menjadi lebih mengerti kerana tumpuan dan perhatian tidak lagi hanya tertumpu untuk dirinya.
Ketika Anak Membesar
Tatkala bayi sudah membesar ghairah akan kembali normal seiring dengan perjalanan masa. Namun sekali lagi karenah dan tabiat mereka akan mencuri perhatian isteri untuk memastikan pengawasan terhadap mereka adalah yang terbaik. Justeru itu akan akan mengganggu masa untuk pasangan bermesraan tanpa diganggu anak-anak.
Ketika ini pasangan harus bijak mengatur jadual anak-anak dan bijak memanfaatkan waktu yang singkat tersebut. selain itu mahirkan diri anda untuk melakukan seks kilat atau Quickie seks.
Ketika Anak Meningkat Remaja
Ramai pasangan mengaku ketika ini mereka boleh relaks dan punya banyak masa untuk bersama namun timbul pul amasalah baru kerana anak-anak telah mengerti apa itu hubungan seks. Jadi ibu bapa harus memberi penerangan tentang seks kepada mereka.
Bila anak sudah terbuka tentang seks, bolehlah anda berterus terang bahawa anda memerlukan waktu yang khusus untuk bersama. Mereka kan memahami dan memeberikan waktu tersebut buat anda. Pada masa ini, pasangan dituntut agar lebih kreatif dan lebih terbuka pada anak-anak.
Pengurusan kehidupan seks adalah sangat penting agar anda dapat merasakan keintiman dan sekaligus dapat memberi contoh yang baik buat anak-anak.
Jika pengurusan seks juga tidak dapat membantu masalah anda, mungkin hubungan anda memang mempunyai masalah dan anda harus segera mencari jalan penyelesaian agar ianya tidak berlarutan.
Pengurusan Seks Selepas Bersalin

Admin- Admin
- Posts: 9
Join date: 2008-11-26
- Post n°1



