Ask Me

All about sharing and discuss about anything

  • Post new topic
  • Reply to topic

Diari Kehidupan

Share

Admin
Admin

Posts: 9
Join date: 2008-11-26

Diari Kehidupan

Post  Admin on Wed Nov 26, 2008 10:14 pm

Sebaik sahaja seorang bayi selamat dilahirkan, sebuah diari kehidupan telah dibuka menunggu untuk dilakar, dicorak dan diwarnakan.
Bermula dengan tangisan nyaring, bayi kecil yang tidak mengerti apa-apa mula mengorak catatan perjalanan hidupnya. Kemudian tersenyum tanpa makna, ketawa tanpa suara, sentuhan pertama, perkataan pertama dan langkah pertama adalah kepingan diari pertama yang dilakar. Dan yang pasti catatan itu semakin bercorak.

Melangkah ke alam persekolahan, membuka satu lagi lakaran kehidupan yang akan merubah hampir 80% perjalanan yang telah diatur untuknya. Dari mengenal seseorang, kemudian mula mengenal kawan, sahabat dan kemudian mula mengenal sesuatu yang menggoncang naluri yang selama ini hanya tertumpah kepada keluarga tersayang.

Keyakinan, keazaman dan keutuhan prinsip akan memastikan perjalanan yang terbaik, lurus menuju destinasi tetapi jika salah satunya goyah lakaran itu akan sedikit terpalit comot dan jika tidak kena olahannya, lencongan itu akan terpesong entah dimana hentiannya.

Keupayahan berdiri dengan kaki sendiri, mampu menahan dahan yang kian bertambah akan merubah lagi coretan sedia ada. Keutuhan tunjang memastikan keseimbangan perjalanan dan kejayaan menujuke destinasi yang telah dijanjikan kekal.
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is Wed Nov 25, 2009 4:31 pm